Friday, November 23, 2018

7 Tips Hilangkan Batuk Bayi & Kanak-kanak

Dalam entry harini, saya nak share tips hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak. Ada 7 tips yang boleh kita cuba untuk si manja tersayang.

Image source: Google Image

7 Tips Hilangkan Batuk Bayi & Kanak-kanak

1. Rehat Secukupnya
Ibu bapa perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat-tempat sesak dan ramai orang kerana anak akan berasa terlalu letih dan melambatkan proses penyembuhan. Selain itu, ianya juga akan menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. 


2. Tepuk Percussion
Tepuk ini bagi memudahkan pengeluaran kahak. Caranya dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.


3. Mandian Lemon
Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.


4. Urutan
Kajian menunjukkan bahawa urutan bayi mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam.


5. Sedut Hingus
Ibu bapa boleh mengeluarkan hingus anak dengan cara menyedut hingus tersebut menggunakan alat penyedut hidung. Alat ini boleh didapati di farmasi dan klinik.


6. Jaga Pemakanan
Ibu perlu menjaga pemakanan jika menyusu anak sepenuhnya. Ibu boleh banyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sup ayam dan daging. Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan ekslusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. 


7. Guna CF-Rub Balm Tasneem Naturel
Cara yang lebih mudah dan pantas, ibu boleh gunakan balm CF-Rub daripada Tasneem Naturel. Balm ini diesktrak daripada bahan semulajadi seperti minyak kayu putih, tea tree, lemon dan cypress bagi meredakan batuk dan selsema anak kecil.


Semoga  7 tips hilangkan batuk dan selsema bayi dan kanak-kanak yang saya kongsikan ini memberi manfaat untuk kita bersama. InsyaAllah, dengan doa dan ikhtiar yang kita cuba ni, dengan izin dariNya, si comel kita akan kembali sihat dan ceria. 


Anda nak beli CF-Rub balm dan produk-produk Tasneem Naturel yang lain, bolehlah hubungi saya. InsyaAllah, saya akan berikan konsultasi percuma untuk anda.


Boleh hubungi saya kat sini yer: 
Rosikah Noh
Whatsapp: 011 - 5872 3442 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...