Sunday, December 2, 2018

Kelebihan Essential Oil dalam setiap Balm Tasneem Naturel

Semalam saya dah share Apa itu Essential Oil (EO), hari ni saya nak share  pula kelebihan essential oil (EO) dalam setiap balm Tasneem Naturel. 



CF-Rub boleh kurangkan suhu demam. Ada tea tree untuk bantu kuatkan antibodi. Tea Tree  merupakan antibiotik terhebat dan dikenali minyak pertolongan cemas.


Sleep Time bantu untuk anak tidur lena. Ada cedarwood utk stabilkan hormon melatonin.



Ginger dalam Tummy Time bantu masalah penghadaman dan memastikan keselesaan pada perut.




Frankinsence dalam CF-Rub dapat membantu memecahkan kahak dalam saluran pernafasan dan paru-paru.


Fennel dalam T-Rub dapat kurangkan sakit akibat kembung. 


Peppermint dalam T-Rub boleh membuang angin dalam perut.


Lavender bertindak untuk memberi ketenangan, mood yang baik dan meningkatkan daya tumpuan.



Geranium dalam Calm Time dapat memberi rasa tenang pada anak-anak. Anak akan rasa selesa, so mood akan jadi baik.


Lemon ada Vitamin C. Ia membantu mencairkan kahak dan memberi keselesaan pada bayi yang deman dan selsema. Kan biasa petua mandikan baby demam dengan lemon kan?


Ylang ylang/ bunga kenanga adalah ubat penenang semulajadi! Ada dalam Sleep Time untuk kasi anak seronok tidur.

⁠⁠⁠⁠
Eycalytus atau minyak kayu putih dalam CF-Rub berkesan merawat alahan dan resdung. Ia juga dapat mencairkan kahak. Membantu merawat asma dengan bertindak balas dengan membran mukus dengan mengurangkan pembebasan lendir.


Images Source: Google Image

Saturday, December 1, 2018

Apa Itu Essential Oil (EO)

Secara ringkasnya, Essential Oil atau biasanya disebut EO jer, ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan.

Essential oil (Minyak pati) yang beraroma ini diesktrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration.

Contohnya ialah:
- Minyak pati levender diambil dari daun dan bunga
- Minyak pati oren diambil dari kulit oren
- Minyak pati rose diambil dari bunga rose


Penggunaan essential oil semakin meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, kerana semakin tinggi kesedaran tentang betapa berkesannya essential oil untuk digunakan dalam kehidupan seharian untuk kesihatan dan kecantikan. Ia boleh juga dikatakan sebagai "lifestyle product" kerana ia adalah produk yang boleh dikatakan barangan 'luxury'. Namun begitu, kita boleh membuat pilihan untuk menggunakan essential oil daripada brand yang mana sebagai pilihan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...