Pernah tak kita rasa jiwa kita kosong.
Buat apa, serba tak kena. Resah. Susah hati. Apa di buat tak menjadi. Perancangan dah elok dah kita buat, tapi tak menjadi. Kecewa. Putus asa. Sedih. Semua perasaan ada. Sampai tahap rasa nak hentikan semuanya. Nak pasrah. Nak mengalah. Kecewa!
Image source: Google Image |
Kita cari macam-macam cara nak kembalikan semula "jiwa" kita tu. Cari buku-buku motivasi, dengar Youtube ceramah motivasi, baca quotes-quotes motivasi, follow orang-orang yang dah berjaya. Tapi, kenapa jiwa kita masih kosong? Kenapa? Di mana silapnya? Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi perlu aku buat? BUNTU.
Antara tips yang boleh kita amalkan untuk merawat jiwa yang kosong ialah membaca Al-Quran beserta terjemahannya. Bacalah Al-Quran setiap hari beserta terjemahannya sekurang-kurangnya 1 mukasurat. Baca terjemahan dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Bukan sepantas baca novel.
Disitulah kita akan temui penawar jiwa yang kosong. InsyaAllah dengan izinNya. Niat yang baik, InsyaAllah akan Allah bantu. Justeru itu jangan putus asa dengan rahmat Allah. Percayalah, rahmat dan kasih sayangNya mengatasi kemurkaanNya.
Semoga tips merawat jiwa yang kosong dan kecewa ini bermanfaat untuk kita bersama, kerana saya juga adakalanya berada dalam situasi ini. Kita hambaNya yang sangat lemah, tanpa pertolongan dan bantuannya, kita takder daya pun. Kan?
No comments:
Post a Comment