Sunday, January 27, 2019


TUMMY RUB DAN  CALM  TIME BALM
==============================
“Ya Allah….dah 5 kali tukar lampin pakai buang  si kecil. Si kecil tak sedap perut. Cirit-birit dah membuang 5 kali dah. Kalau tak ditukarkan lampin pakai buang dengan cepat, boleh melecet kelengkang si kecil. Ibu takde bagi apa-apa makanan pun, minum susu je. Ibu perasan lepas menyusu, Si kecil akan membuang, cair je. Tak dapat tidur lena Si kecil.Macam mana nak buat ni??”
.
.
Ibu, jangan susah hati, jangan kelam kabut. Jangan stress-stress ya ibu-ibu kalau jadi macam ni. Ibusapu balm #TummyRub by Tasneem Naturel kat perut  baby. Guna urutan bentuk love
Sapu kat tapak kaki juga. Stop kejap menyusu., biar perut kembali selesa, baru ibu susukan semula baby tu.
.
.
Nak bagi baby tidur nyenyak tak meragam, Ibu sapukan juga #Calmtime balm. Baby kalau tak nak tidur pun dia tak meragam. Tak menangis, dia tenang je. Semua ni bukan magic tau. Ini sebab essential oil yang bantu memberi keselesaan kepada si kecil.
.
.
So….ibu-ibu chillax ya, jangan kelam kabut. Wasap Kak Rose laju-laju untuk dapatkan #setbasicnewborn ni. Tummy rub dan Calm Time Balm.

Harga biasa RM98
Tapi Kak Rose nak kasi harga murah lagi. RM88 sahaja.
RM88 sahaja Kak Rose ulang lagi.

Ibu-ibu yang kasihkan anak-anak, jom la PM Kak Rose.
Klik link wasap ni ya.
www.wasap.my/+01158723442/Newbornbasic





Sunday, December 2, 2018

Kelebihan Essential Oil dalam setiap Balm Tasneem Naturel

Semalam saya dah share Apa itu Essential Oil (EO), hari ni saya nak share  pula kelebihan essential oil (EO) dalam setiap balm Tasneem Naturel. 



CF-Rub boleh kurangkan suhu demam. Ada tea tree untuk bantu kuatkan antibodi. Tea Tree  merupakan antibiotik terhebat dan dikenali minyak pertolongan cemas.


Sleep Time bantu untuk anak tidur lena. Ada cedarwood utk stabilkan hormon melatonin.



Ginger dalam Tummy Time bantu masalah penghadaman dan memastikan keselesaan pada perut.




Frankinsence dalam CF-Rub dapat membantu memecahkan kahak dalam saluran pernafasan dan paru-paru.


Fennel dalam T-Rub dapat kurangkan sakit akibat kembung. 


Peppermint dalam T-Rub boleh membuang angin dalam perut.


Lavender bertindak untuk memberi ketenangan, mood yang baik dan meningkatkan daya tumpuan.



Geranium dalam Calm Time dapat memberi rasa tenang pada anak-anak. Anak akan rasa selesa, so mood akan jadi baik.


Lemon ada Vitamin C. Ia membantu mencairkan kahak dan memberi keselesaan pada bayi yang deman dan selsema. Kan biasa petua mandikan baby demam dengan lemon kan?


Ylang ylang/ bunga kenanga adalah ubat penenang semulajadi! Ada dalam Sleep Time untuk kasi anak seronok tidur.

⁠⁠⁠⁠
Eycalytus atau minyak kayu putih dalam CF-Rub berkesan merawat alahan dan resdung. Ia juga dapat mencairkan kahak. Membantu merawat asma dengan bertindak balas dengan membran mukus dengan mengurangkan pembebasan lendir.


Images Source: Google Image

Saturday, December 1, 2018

Apa Itu Essential Oil (EO)

Secara ringkasnya, Essential Oil atau biasanya disebut EO jer, ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan.

Essential oil (Minyak pati) yang beraroma ini diesktrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration.

Contohnya ialah:
- Minyak pati levender diambil dari daun dan bunga
- Minyak pati oren diambil dari kulit oren
- Minyak pati rose diambil dari bunga rose


Penggunaan essential oil semakin meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, kerana semakin tinggi kesedaran tentang betapa berkesannya essential oil untuk digunakan dalam kehidupan seharian untuk kesihatan dan kecantikan. Ia boleh juga dikatakan sebagai "lifestyle product" kerana ia adalah produk yang boleh dikatakan barangan 'luxury'. Namun begitu, kita boleh membuat pilihan untuk menggunakan essential oil daripada brand yang mana sebagai pilihan. 


Friday, November 30, 2018

FAQ Tasneem Naturel

Siapa yang boleh guna balm TN?
Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Newborn boleh guna ke?
Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.


Newborn boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.



Newborn saya jaundice. Boleh guna balm TN?
Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.



Balm ini panas tak?

Balm ini tidak panas.


Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


Balm ada expired date?

1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka


Sijil KKM ada tak?
Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K

Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K
Skeenz: NOT 108405139 K


Ibu mengandung boleh guna?
Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya utk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
Cara simpan pada suhu bilik biasa. AWAS! Bekas balm adalah kaca. Jika dibaling boleh pecah.



Sejauh mana berapa lama ketahanan Calm dan Sleep tu berfungsi pada bayi?
Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.



Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?
Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 


Balm ini boleh guna serentak ke?
Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Anak g6pd boleh guna?
Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.


 Anak ekzema boleh guna?
Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 
Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya.
Rosikah Noh | 011 - 5872 3442

Thursday, November 29, 2018

Kit Bayi Semulajadi - Sehangat Usapan Ibu



Tasneem Naturel Balm
Kit Bayi Semulajadi
Sehangat Usapan Ibu

Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. 

Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.


Balm Bayi Tasneem Naturel terdiri daripada 5 produk iaitu:
Calm Time
Sleep Time
T-Rub
CF Rub
Skeenz

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Rosikah Noh
011 - 5872 3442
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...