Sunday, November 25, 2018

6 Idea Jana Pendapatan dari Rumah berdasarkan Minat, Kemahiran dan Sumber yang Ada

Salam semua.

Dalam entry harini, saya nak share 6 Idea Jana Pendapatan dari Rumah berdasarkan Minat, Kemahiran dan Sumber yang Ada.



1. Menjadi Penulis
Anda boleh menulis blog, menulis cerpen, artikel atau novel. Anda berpeluang menjadi penulis di majalah, penulis jemputan dan penulis eBook. Zaman sekarang, Ghostwriter dan penulis Content di social media menjadi rebutan. 


2. Bisnes berbentuk Perkhidmatan: 
Agent Insurance, Unit Amanah, Arkitek, Graphic Designer, Programmer dan sebagainya. 
Anda mungkin masih perlu keluar berjumpa Clients, tetapi melalui pemasaran secara Online anda berpeluang mendapat Potential Clients yang tidak terhad dengan penggunaan Internet. Anda hanya perlu keluar berjumpa client pada masa tertentu sahaja.


3. Menjahit
Bidang yang tak pernah luput dek zaman. Semaju mana pun teknologi, pakaian yang berjahit dengan penuh seni adalah 'karya' terindah yang akan menghiasi badan si pemakai. Bukan sahaja menjahit pakaian, tapi pelbagai lagi seperti langsir, sarung sofa, sarung bantal, cadar, alas meja dan sebagainya. Barangan bayi pun perlukan kemahiran tukang jahit dari rumah, seperti barut, baby nest cover dan sarung set tilam. Nampak peluang ni?


4. Memasak / Membuat Kek / Kuih-Muih / Set Lunch / Sambal 
Semuanya boleh dijual secara Online. Memang bila difikirkan tak terjangkau dek akal sambal ikan bilis pun laris dipasaran online! Sekarang trend jual kek dan brownies, meleleh air liur tengok orang share kat facebook dan instagram :P


5. Hasil Kraftangan / Gubahan / Hantaran / Deco Craft
Untuk pencinta dekorasi atau yang ingin mengadakan apa-apa majlis istimewa. Malah ada Group khusus di Facebook untuk pencinta hasil karya seni seperti ini. Promote saja di Shopee, Instagram dan Facebook, InsyaAllah ada rezeki anda.


6. Tanaman / Gardening
Pokok bunga, pokok sayur, benih pokok, baja dan tanah juga dijual online! Kalau yang suka bercucuk tanam memang sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan pokok idaman. Cuba jenguk di Instagram, sampai ada yang jadi Personal Shopper untuk jual/beli pokok bunga dan sayuran.

Semoga 6 Idea Jana Pendapatan dari Rumah berdasarkan Minat, Kemahiran dan Sumber yang Ada yang saya kongsikan ini membantu anda untuk membuat pilihan. Selamat berbisnes semoga rezeki kita semua melimpah ruah dengan rezeki yang berkat dan bermanfaat, dan semoga kita menjadi umat Islam yang jutawan dan dermawan, dunia akhirat, Amin Ya Mujib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...